Webinar Perancangan Kewangan
23 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 januari 2026, seorang usahawan telah mengikuti Webinar Perancangan Kewangan yang diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Usahawan tersebut mengikuti webinar ini dari NADI Sungai Bandung. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan pemahaman peserta mengenai asas perancangan kewangan dalam pengurusan perniagaan.
Sepanjang sesi webinar, peserta diperkenalkan kepada strategi perancangan kewangan, pengurusan aliran tunai, penyediaan belanjawan, dan pemantauan prestasi kewangan perniagaan. Penceramah berkongsi kaedah dan tips praktikal bagi mengurus kewangan secara sistematik untuk memastikan perniagaan beroperasi dengan lancar dan berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: